makanlah makanan yang seimbang


Tuesday, April 28, 2009
Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Dibawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.

1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersama roti bakar dan
biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit
minyak sahaja.

6. Makan buah buahan segar setiap hari.

7. Jika anda mangambil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti
pisang, epal oren dan betik kedalamnya.

8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak ke sekolah atau bila berjalan
jauh dan berkelah.

9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.

10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh
tumbuhan.

11. Banyakkan makan ikan.

12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikan daging.

13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.

14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba
ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus

Posted by budak_bahasa at 10:14 AM |

0 Comments:

Post a Comment