makanlah makanan yang seimbang


Wednesday, April 29, 2009
betul ker fakta nih?


1. JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal
inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara
lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda
telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga
makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN

1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...
cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.
karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam
mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-,
jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan
maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya...... .

Labels:


Posted by budak_bahasa at 1:33 AM | 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Dibawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.

1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersama roti bakar dan
biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit
minyak sahaja.

6. Makan buah buahan segar setiap hari.

7. Jika anda mangambil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti
pisang, epal oren dan betik kedalamnya.

8. Amalkan tabiat membawa buah buahan bila anak ke sekolah atau bila berjalan
jauh dan berkelah.

9. Makan buah buahan segar sewaktu rehat.

10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh
tumbuhan.

11. Banyakkan makan ikan.

12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikan daging.

13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.

14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba
ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus

Posted by budak_bahasa at 10:14 AM | 0 comments

Posted by budak_bahasa at 12:36 AM | 0 comments




Posted by budak_bahasa at 12:23 AM | 0 comments

Untuk mendapatkan tubuh yang sihat sepanjang masa, makanlah mengikut keperluan bukan mengikut kehendak diri. Ikutlah panduan yang telah disusun seperti dalam piramid makanan. Ini dapat membantu anda merancang pemakanan anda setiap hari.

Posted by budak_bahasa at 12:15 AM | 0 comments
Monday, April 27, 2009

Roti canai.....krupp

Bahan-bahan

4 cwn Tepung gandum

260 ml air

2 sudu majerin/minyak sapi

1 biji telur

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam


Cara-cara

  1. Masukan tepung gandum ke dalam bekas adunan.
  2. Masukan semua bahan-bahan tadi dalam bekas adunan. Semasa menguli, selang-selikan dengan air

    ( samada air sejuk atau air suam ).

  3. Gaulkan doh sehingga menjadi kental.
  4. Kemudian, jadikan ianya kepada ketulan -ketulan doh kecil. Satu adunan untuk sekeping roti canai.
  5. Kemudian lumurkan tiap-tiap satu doh dengan marjerin dan atur dalam bekas, tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 1 jam hingga 2 jam atau pun lebih.

Posted by budak_bahasa at 11:48 PM | 0 comments