Makanan Sihat Untuk Jantung
Sakit jantung semuanya pasti mengeruni penyakit ini. Bagaimana untuk menghindarkan diri atau menjauhkan diri dari penyakit jantung. Caranya melalui pengawalan makanan. Di sini disenaraikan beberapa jenis makanan yang sesuai diambil untuk mengurangi risiko sakit jantung.
IKAN
Ikan dapat mengurangkan sehingga 50% risiko penyakit jantung. Di sarankan supaya mengamalkan memakan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu.
EPAL
Epal juga boleh mengurangkan sehingga 50% risiko sakit jantung jika mengamalkan 12aun jus apal atau memakan 2 biji epal sehari. Dengan melakukan amalan memakan epal ini boleh mengurangkan pengoksidaan kolesterol. Terdapat kajian yang dilakukan dia Netherland mendapati kandungan phytochemical dalam buah epal pula dapat mengurangkan kematian akibat dari sakit jantung dan strok.
WALNUT
Walnut mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai Asid Linolenic. Asid Linolenic berfungsi mengurangkan nkolesterol dan menghalang pembekuan darah. Oleh itu Walnut mampu mngeurangkan risiko sakit jantung sehingga 45%.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun pula kebaikanya kerana mempunyai kandungan lemak tidak tepu sehingga 77%. Dengan ini minya zaitun boleh mengurangkan kolesterol dalam darah.
KEKACANG
Kekacang sebenarnya mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga30%. Ini kerana kandungan kacang mempunyai bahan yang boleh meningkatkan fungsi sluran darah.
OAT
Tidak ramai pengemar oat di Malaysia ini namun sebenarnya oat dapat mengurangkan sehingga 29% risiko penyakit jantung. Makanlah oat secawan setiap hari ini dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Labels: by : ekgu
Post a Comment